Ruminah Sidek atau lebih dikenali sebagai Mak Mah telah selamat bergelar isteri kepada Al Fatah Rahim Ismail, 70, dengan satu lafaz pada pagi ini di dalam satu majlis. Jutaan tahniah dari pihak STT kepada kedua - dua memplai veteran ini. Majlis pernikahan dilansungkan di rumah abang ipar Mak Mah sendiri yang bertempat di Klang.
Mak Mah, 68, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa sebarang wang hantaran. Majlis pada petang tadi dihadiri lebih kurang 300 orang tetamu, termasuk rakan - rakan artis. Mak Mah yang juga sebelum ini berstatus janda beranak 6, serta memiliki 20 orang cucu dan 6 cicit kelihatan tersipu - sipu semasa sesi bergambar. Apa apa pun, kami pihak STT mengucakan jutaan tahniah kepada Mak Mah dan suami dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment