Felixia Yeap nama yang dah cukup sinonim di telinga kita semua jadi tak perlulah STT cerita panjang pasal Felixia kan? Alhamdulillah, Felixia dah umumkan media yang dia nak memeluk Islam pada bulan Ramadhan ini pada hari jadinya. Itu kita semua tahu, tapi ramai ke yang tahu yang bekas model ini juga diminati oleh ustaz? Haaaa, actually STT pon tak hairan sangat. Felixia pon cantik anggun orangnya. Dan agama pun insyaAllah terjaga nanti, ustaz mane tak jatuh hati kan. Tapi siapa ustaz tu?
Felixia di Kosmo Online memberitahu "Ada juga ustaz yang minatkan saya, tapi saya tidak mahu memeluk Islam kerana lelaki. Sebaliknya atas kerelaan saya." Tambah Felixia, "Saya tidak mahu Allah membalikkan hati saya semula dengan tidak mempunya kepercayaan kepada agama"
Apa apa pun, STT berharap Felixia terus terbuka hati untuk memeluk Islam dan jika ditakdirkan bertemu jodoh, tak kira Ustaz ke, lawyer ke, majistret ke, Felixia akan sentiasa bahagia dengan si dia. InsyaAllah.
- Tok Ti Pu -
p/s : HOT ! Sharifah Sakinah Dan Fesyennya
- Tok Ti Pu -
p/s : HOT ! Sharifah Sakinah Dan Fesyennya
No comments:
Post a Comment